Projek bebas cukai Tasik Kenyir mungkin dihentikan

Kerajaan Negeri Terengganu memberi gambaran terdapat kemungkinan projek bebas cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir akan dihentikan atas beberapa faktor.
Bercakap kepada pemberita; EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman menyatakan tindakan jelas perlu diambil berikutan kegagalan kontraktor menyiapkan projek pembangunan tersebut.
Pengumuman berkenaan keputusan tersebut bagaimanapun akan dibuat hanya selepas perkara itu dibawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Negeri nanti.
Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri sedang dalam proses menyiapkan deraf untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Negeri, bagi menentukan samada projek tersebut akan diteruskan atau tidak.
“Projek akan ditangguh kerana kontraktor gagal siapkan, ada kemungkinan ianya ditamatkan terus,” katanya keada pemberita selepas hadir merasmikan Festival Batik Ganu Kite di Noor Arfa Craft Complex, Chendering.
Pembinaan kawasan bebas cukai Pulau Bayas sudah hampir 80 peratus dan melibatkan kos sebanyak kira-kira RM700 juta.
Bagi mengelakkan sebarang pembaziran, Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan cadangan mana-mana pihak yang berhasrat untuk memajukan semula projek bebas cukai di Pulau Bayas untuk dinilai semula.
Projek pembangunan tersebut tergendala selama dua tahun dan Kerajaan Negeri Terengganu sebelum ini dilaporkan telahpun membuat pertimbangan berkenaan projek itu.
Terengganu Press